Friday, January 3, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Para pendatang belajar bahasa Perancis di tebing sungai

    DENGAN duduk berbaris di tambak berumput menghadap sebuah dataran Paris, kira-kira 50 orang pencari suaka membaca abjad dalam bahasa Perancis mengikut seorang wanita muda yang sedang menunjuk ke arah huruf-huruf di papan putih. “Ew,” Louise, 22 tahun berteriak, cuba supaya suaranya didengari mengatasi lalu lintas trafik dan bunyi bising muzik dari sebuah bar berhampiran. “Ooh!: jawapan dari sekumpulan belia yang kebanyakannya dari Sudan dan Afghan, dalam kepayahan untuk menyebut ‘u” yang rumit dalam bahasa Perancis.

    Para penghijrah menghadiri kelas bahasa percuma diadakan di kawasan terbuka yang dianjurkan oleh sebuah kumpulan sokongan orang pelarian di dua belas buah lokasi sekitar bandar Perancis. Pada petang Julai yang hangat, dua buah kelas diadakan di tebing-tebing Bassin de la Villette, sebahagian terusan di timur laut Paris tempat yang mana penghijrah-penghijrah kerap dijumpai tidur di luar rumah.

    Sementara Louise, yang tidak ingin mendedahkan nama penuhnya, mengajar orang yang baru mula belajar, Pierre Piacentini, seorang jururawat bersara mengajar pelajar Peringkat 2 tentang bagaimana menggambarkan beberapa penyakit untuk diterangkan kepada doktor. Ramai dalam kumpulan Piacentini adalah pelajar kerap di kelas-kelas harian yang tetap akan muncul tidak kira apa pun keadaan cuaca dan keadaan.

    “Mereka berada di sini apabila suhu – 5 darjah selsius, mereka di sini apabila hari hujan, apabila hari panas,. Mereka benar-benar serius,” kata sukarela yang bertenaga itu. Satu pemandangan yang luar biasa di mana-mana di dunia dalam abad ke-21, sesi mengajar mengambil tempat di bawah pokok di Paris yang membuatkan orang yang kebetulan melintas akan berhenti dan memerhati.

    Diasaskan pada November 2015 pada kemuncak krisis penghijrah di Eropah, pertubuhan BAAM bermatlamat untuk memberikan para pencari suaka sokongan yang disekat oleh kerajaan sementara permohonan suaka mereka sedang diproses. Itu termasuk kelas-kelas bahasa, dan kerajaan Perancis hanya menawar kelas belajar kepada mereka yang telah menerima status pelarian.

    Para penghijrah menghadiri kelas bahasa percuma di adakan di kawasan terbuka yang dianjurkan oleh sebuah kumpulan sokongan orang pelarian di dua belas buah lokasi sekitar bandar Perancis. – AFP
    Para penghijrah menghadiri kelas bahasa percuma di adakan di kawasan terbuka yang dianjurkan oleh sebuah kumpulan sokongan orang pelarian di dua belas buah lokasi sekitar bandar Perancis. – AFP

    Pelajar - 3_080817

    Selain mengajar bahasa Perancis, para sukarela BAAM membantu para penghijrah berunding dengan birokrasi sukar Perancis dan mengisi borang. Piacentini mengajar setiap hari selama enam bulan. – AFP
    Selain mengajar bahasa Perancis, para sukarela BAAM membantu para penghijrah berunding dengan birokrasi sukar Perancis dan mengisi borang. Piacentini mengajar setiap hari selama enam bulan. – AFP

    “Masalah ialah masa pemprosesan suaka sangat panjang. Orang mahu belajar bahasa Perancis dan mereka tidak boleh, ” rungut Julian Mez, salah seorang pengasas BAAM (akrnonim dalam Perancis bagi Pejabat Penerimaan dan Bantuan bagi Penghijrah). Dia menuduh kerajaan mengekang proses pengintegrasian.

    Dari lereng kedai ke kawasan sekolah

    Presiden Emmanuel Macron yang dilantik pada Mei lalu telah berjanji akan mengurangkan waktu menunggu bagi permohonan suaka dari kira-kira 18 bulan pada masa ini, kepada enam bulan. Apabila perubahan berkuat kuasa pelajar-pelajar peringkat 2 mungkin telah lulus dan naik kepada kata kerja. Omar, warga Sudan berusia 28 tahun, memulakan pembelajaran sembilan bulan lalu. sebelum itu, ujarnya dia tidak tahu menahu langsung. “Kini saya bertutur dengan baik, ” ujarnya dengan bangga dalam bahasa Perancis yang betul.

    AFP telah mengunjungi pelajar-pelajar yang sedang belajar perbendaharaan kata bagi pelbagai bahagian badan manusia.

    “Saya mengalami kesakitan pada bahagian belakang,” Piacentini memberitahu kelas, dengan menekan tangannya pada bahagian bawah belakangnya dan menggerenyet dengan kesakitan yang dibuat-buat.

    Pelajar-pelajar, kesemuanya lelaki berusia antara 15 dan 30 tahun, mengulangi perkataan itu serentak dan mencatat dengan tekun pada buku nota yang diletakkan pada lutut mereka. Bilik darjah terbuka ini di kawasan Stalingrad berbagai-bagai etnik di timur laut Paris terletak bersebelahan landasan metro atas yang di bawahnya pernah muncul kem penghijrah yang berselerak tahun lalu.

    Pada bulan November lalu, polis telah merobohkan kem itu yang pernah didiami sehingga lebih 3,000 orang dan tempat perlindungan rasmi dibuka di kawasan berhampiran, tetapi para penghijrah dari seluruh Afrika, Timur Tengah dan Asia terus tiba. Bagi mereka yang menghadiri kelas-kelas, Perancis adalah destinasi dan bukan hanya tempat transit pada laluan sudah basi ke England menerusi pelabuhan Calais.

    Hissan, dari Mesir, berusia 27 tahun dalam kelas permulaan, merantau bertahun-tahun sekitar Eropah sebelum memutuskan untuk tinggal di Paris. Dia telah mendapat pekerjaan dalam pembinaan dan boleh memahami banyak bahasa Perancis. “Tetapi saya tidak boleh menuturkannya,” katanya penuh kesal dalam bahasa Inggeris.

    Seperti satu ketagihan

    Selain mengajar bahasa Perancis, para sukarela BAAM membantu para penghijrah berunding dengan birokrasi sukar Perancis dan mengisi borang. Piacentini mengajar setiap hari selama enam bulan. “Ia seperti dadah,” katanya, sambil ketawa.

    Sesuatu yang rumit dalam pembelajaran dihadapi oleh guru dan pelajar, apabila satu hari dia mendapati ketika membincangkan tentang keluarga, dia hairan apabila semua pelajar berbangsa Sudah, apabila ditanya diarah menyenaraikan adik-beradik mereka, hanya menyebut adik-beradik lelaki. Apabila dia bertanya, “Adakah kamu mempunyai adik-beradik perempuan?” Kemudian salah seorang pelajar membawanya ke tepi, dan memberitahunya adalah tidak sesuai untuk bertanya kepada lelaki-lelaki Sudan tentang anggota keluarga perempuan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda