BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Dis – Para Profesional Kesihatan Bersekutu di negara ini khususnya yang separa kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan dan sektor swasta diingatkan untuk mendaftar dengan Majlis Profesion Kesihatan Bersekutu Negara Brunei Darussalam melalui Pejabat Pengurusan Lembaga-lembaga, Kementerian Kesihatan mulai 1 Januari 2018 hingga 30 Mac 2018.
Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan di sini, ia adalah bagi mengikut perlaksanaan Perintah Profesion Kesihatan Bersekutu Negara Brunei Darussalam 2017 yang telah dikuatkuasakan pada 1 Julai 2017 yang bertujuan untuk menjaga kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan orang awam.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)