Tuesday, September 24, 2024
28.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Para SUKMA: Tiga beradik naik podium di kolam renang

    KUCHING, 23 SEPT – Tiga beradik lelaki dari Kapit, Sarawak menyumbang pingat buat kontinjen tuan rumah menerusi acara renang pada Para Sukan Malaysia (Para SUKMA) 2024 di Pusat Akuatik Pandelela Rinong di sini hari ini.

    Keputusan Donny, Julius dan Stanley Jaranding yang sebelum ini berkecimpung dalam olahraga untuk menceburi sukan akuatik pada sekitar 2017 ternyata membawa tuah buat mereka.

    Abang sulung, Donny, 44, yang dilahirkan dengan masalah penglihatan tidak dapat menahan sebak ketika majlis penyampaian pingat pada penampilan terakhirnya di temasya dwitahunan itu.

    “Saya sangat gembira (menang) sebab ini SUKMA terakhir saya (dan) lagi gembira sebab dua adik saya pun dapat pingat.

    “Terima kasih kepada jurulatih, keluarga dan rakan yang sentiasa memberikan sokongan. Saya hanya buat yang terbaik untuk Sarawak,” katanya yang kepada pemberita di sini hari ini.

    Donny membawa pulang pingat emas dalam acara 100 meter (m) gaya bebas lelaki S13 (kecacatan penglihatan) dan 100m kuak lentang S13. – Bernama

    Gambar Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda