SYDNEY, 3 FEB – Paras air banjir yang bergerak pantas meningkat hari ini di timur laut Australia memaksa ramai penduduk untuk melarikan diri, di mana ia menjejaskan rumah dan jambatan di kawasan itu.
Ribut dan turunan hujan yang meningkat lebih daripada satu meter dalam masa dua hari di bahagian Queensland, menenggelamkan rumah, menjejaskan perniagaan dan menyekat jalan raya dengan perairan berlumpur, kata pihak berkuasa.
Siaran video daripada udara menunjukkan masyarakat luar bandar yang dikelilingi oleh air banjir terkandas dari jalan raya berhampiran.
“Kami akan melihat hujan dan ribut berleluasa melanda di kebanyakan kawasan utara Queensland,” kata Perdana Menteri negeri itu, David Crisafulli, sambil memberi amaran dalam sidang media.
“Kami tetap bersedia dengan prospek berterusan hujan dan kemungkinan lebih banyak banjir, meliputi banjir kilat dan banjir sungai,” katanya.
“Perkhidmatan kecemasan menjalankan 11 ‘penyelamatan meredah air’ semalaman,” kata perdana menteri.
“Kawasan Townsville yang dilanda banjir, destinasi pelancongan pantai popular yang terletak dekat Terumbu Sawar Besar, telah diisytiharkan sebagai zon berbahaya.”
“Nasihat kami kepada penduduk yang berada di zon berbahaya pada masa ini adalah untuk keluar dari zon tersebut dalam keadaan selamat,” katanya.
Pihak berkuasa menyarankan 2,100 penduduk di bandar itu untuk berpindah pada hujung minggu, walaupun kira-kira 10 peratus menolak, kata pegawai perkhidmatan kecemasan. – AFP