Thursday, February 6, 2025
22.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Paras air banjir Tutong menurun

    Oleh Normazlina M.D

     

    TUTONG, 29 Dis – Pemantauan paras air banjir hari ini di beberapa kawasan yang terjejas di Daerah Tutong berikutan hujan lebat sebelum ini telah menurun dan dapat dilalui oleh kenderaan biasa dan pacuan empat roda.

    Mengikut kenyataan daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Tutong, jalan-jalan raya sudah boleh dilalui oleh kenderaan ialah Jalan Keranching, Jalan Benutan, Jalan Panchong dan Jalan Rambai-Kuala Ungar.

    Manakala di Jalan Belunu Kampung Layong, sebuah trak Batalion ke-2 Tentera Darat Diraja Brunei masih beroperasi membantu penduduk kampung yang memerlukan pengangkutan di kawasan berkenaan.

    Gambar fail bertarikh 26 Disember 2017 menunjukkan penduduk kampung di kawasan pedalaman Daerah Tutong terpaksa menggunakan bot untuk sampai ke destinasi dituju.

    Para penduduk kampung dan orang ramai terus dinasihatkan supaya sentiasa meningkatkan kewaspadaan mereka, keluarga dan harta benda masing-masing.

    Agensi-agensi yang berkenaan melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Tutong dan Pos Arahan Insiden di Balai Bomba Lamunin dengan kerjasama penghulu-penghulu mukim, ketua-ketua kampung dan ahli-ahli majlis perundingan kampung di kawasan kampung yang terjejas serta sukarelawan Daerah Tutong akan terus membuat pemantauan dan sentiasa bersiap sedia bagi sebarang kemungkinan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda