Sunday, May 11, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Paras air Sg Mekong tinggi tahun ini

    VIENTIANE, 20 MEI – Sungai Mekong yang merentasi beberapa buah negara di Asia Tenggara telah merekodkan paras air lebih tinggi tahun ini selepas empat tahun berturut-turut aliran rendah dan kemarau.

    Empat bulan pertama 2022, paras air direkodkan pada tahap tertinggi dalam tempoh beberapa tahun sebahagiannya disebabkan peningkatan turunan hujan, akhbar harian Vientiane Times melaporkan hari ini, memetik data daripada Suruhanjaya Sungai Mekong (MRC).

    Hasilnya, aliran sedimen dan nutrien yang lebih tinggi boleh menambah jumlah ikan, memperbaiki pertanian dan memanfaatkan 70 juta orang di komuniti-komuniti tebing sungai, menurut MRC.

    Bagaimanapun, kenaikan paras air “tidak menyingkirkan risiko kemarau sederhana,” Winai Wangpimool, pengarah Divisyen Sokongan Teknikal MRC, dipetik sebagai berkata. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda