SEOUL, 19 DIS – Paras laut Korea Selatan meningkat hampir 10 sentimeter (sm) sejak 33 tahun lalu akibat perubahan iklim, menurut data kerajaan hari ini.
Laut Timur menyaksikan peningkatan tertinggi sebanyak 3.53 milimeter (mm) setahun secara purata, diikuti oleh Laut Kuning dengan 3.08mm dan Laut Selatan 2.55mm setahun, lapor agensi berita Yonhap.
Analisis itu berdasarkan data yang dikumpulkan daripada 21 pos pemerhatian di kawasan pantai negara.
Berdasarkan data daripada pos tertua di bandar barat daya Mokpo, paras laut meningkat 15.4sm sejak 62 tahun lalu, atau 2.49mm setahun, menurut Agensi Hidrografi dan Oseanografi Korea. – Bernama


