Friday, February 14, 2025
22.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Paras PFAS tinggi dikesan dalam air bawah tanah di Osaka

    TOKYO, 13 FEB – Pihak berkuasa di Wilayah Osaka mengesan kepekatan tinggi bahan per-and polyfluoroalkyl (PFAS) dalam air bawah tanah di Bandar Kumatori, lapor media tempatan hari ini, menurut Xinhua.

    Di sebuah telaga yang terletak dalam kawasan perindustrian, paras PFAS mencapai 73,000 nanogram seliter, 1,460 kali ganda had sasaran sementara iaitu sebanyak 50 nanogram seliter, lapor akhbar harian Jepun, Mainichi yang memetik sumber wilayah itu.

    Memandangkan telaga berkenaan tidak digunakan untuk minuman atau kegunaan domestik, tiada isu kesihatan dilaporkan, menurut laporan.

    Pada Disember 2024, sebuah kemudahan perindustrian di Kumatori mengesan 667 nanogram seliter PFOS dan PFOA Siasatan lanjut telah mengenal pasti kepekatan yang lebih tinggi di beberapa lokasi tertentu.

    PFAS merangkumi lebih 10,000 bahan kimia sintetik, termasuk perfluorooctanesulfonic acid (PFOS) dan perfluorooctanoic acids (PFOA), yang digunakan dalam produk seperti perkakas memasak tidak melekat dan pakaian kalis air.

    Dalam penilaian kesihatan pertamanya mengenai bahan itu pada Jun tahun lalu, panel keselamatan makanan Jepun menyimpulkan bahawa kesan PFAS terhadap penurunan berat badan semasa lahir dan pengurangan imuniti adalah ‘tidak dapat dinafikan,’ walaupun ‘bukti masih terhad’ mengenai potensinya menyebabkan kanser. – Bernama

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda