Wednesday, January 8, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Paras sinar UV berbahaya dilaporkan di seluruh Vietnam

    HANOI, 24 MEI – Hampir semua lokaliti di seluruh Vietnam mengalami tahap bahaya sinaran ultraungu (UV) hari ini, menurut Pusat Ramalan Hidro-Meteorologi Kebangsaan.

    Indeks UV yang digunakan untuk mengukur intensiti sinaran UV, berukuran sekitar 8 hingga 10 di semua bandar utama, kecuali Hanoi, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).

    Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), indeks UV 7.5 hingga 10.4 dianggap ‘sangat tinggi’, yang bermakna risiko bahaya sangat tinggi daripada pendedahan matahari tanpa perlindungan.

    Indeks UV di bandar Ha Long (wilayah utara Quang Ninh) ialah 9.1 dari 11 pagi hingga 2 petang pada hari itu.

    Indeks itu diukur pada 9.3 di bandar utara Hai Phong, 9.5 di bandar Hue (wilayah tengah Thua Thien-Hue); 9.5 di bandar Hoi An (wilayah tengah Quang Nam); 10 di bandar Nha Trang (wilayah tengah selatan Khanh Hoa); dan 9.1 di Ho Chi Minh City.

    Indeks di Hanoi berada pada tahap ‘tinggi’ antara 5.5 hingga 7.4.

    Menurut ramalan cuaca, bandar di seluruh negara akan terus menyaksikan indeks UV yang tinggi hingga sangat tinggi dari 25 hingga 27 Mei. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda