Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Parasocial’ dinobatkan sebagai perkataan Kamus Cambridge 2025

    LONDON, 18 NOV – Pernahkah awda berasa seolah-olah mempunyai ikatan rapat dengan bintang pop seperti Taylor Swift atau Lily Allen – walaupun awda tidak pernah bertemu mereka?

    Jika ya, tingkah laku itu dianggap ‘parasosial’ dan kini menjadi sebutan apabila Kamus Cambridge hari ini mengumumkan kata adjektif berkenaan sebagai perkataan pilihan tahun 2025.

    Pemilihan itu dibuat oleh para leksikograf pada tahun yang menyaksikan peningkatan minat terhadap hubungan parasosial sehala yang terbentuk antara individu dengan selebriti, pempengaruh serta chatbot kecerdasan buatan (AI).

    Parasosial ditakrifkan sebagai ‘melibatkan atau berkaitan hubungan yang dirasai seseorang terhadap individu terkenal yang sebenarnya tidak mereka kenali’.

    Istilah tersebut wujud sejak 1956 apabila dua ahli sosiologi dari Universiti Chicago mengelaskan fenomena penonton televisyen yang membentuk hubungan parasosial dengan personaliti TV, yang dilihat seolah-olah seperti rakan karib atau ahli keluarga.

    Seiring perkembangan pesat teknologi AI dalam kehidupan manusia, istilah ‘slop’, yang menerima takrifan terkini, merujuk kepada kandungan berkualiti rendah yang dihasilkan AI sehingga membanjiri internet.

    Selain itu, beberapa perkataan baharu turut menyertai Cambridge Dictionary, termasuk ‘skibidi’, ‘delulu’ dan ‘tradwife’.

    Ketiga-tiganya merupakan antara ‘6,212 perkataan, frasa dan makna baharu’ yang dimasukkan ke dalam kamus dalam talian itu sepanjang 12 bulan lalu, menurut kenyataan berkenaan. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda