Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Paris 2024: Beasley elak latihan berlebihan

    KUALA LUMPUR, 15 MEI – Kebanyakan atlet ketika ini meningkatkan rejim latihan mereka menjelang Sukan Olimpik paris 2024 namun ia berbeza buat jaguh berbasikal
    trek Malaysia, Datuk Mohd Azizulhasni Awang.

    Ketua jurulatih berbasikal trek kebangsaan Malaysia, John Beasley sebaliknya memilih untuk tidak membebankan pelumba berusia 36 tahun itu dengan latihan berlebihan demi memastikan Mohd Azizulhasni berada tahap terbaik apabila muncul di Velodrom Saint-Quentinen-Yvelines kelak.

    “Sejujurnya, persiapan kami ke Paris berada pada landasan yang tepat, satu-satunya perkara perlu diberikan perhatian teliti adalah kesihatan beliau.

    “Ya, kami sentiasa bekerja keras walaupun kami tidak meningkatkan latihan seperti yang pernah kita lakukan, dan itu adalah ‘kunci’ kerana jika saya boleh pastikan beliau sihat, beliau akan beraksi dengan baik di Paris,” katanya kepada Bernama.

    The Pocket Rocketman bertekad untuk menyumbang pingat emas pertama Malaysia di Paris 2024 pada penampilan kelimanya di pentas Olimpik yang merupakan penampilan terakhirnya di temasya berprestij dunia itu.

    Mohd Azizulhasni meraih pinga perak dan gangsa dalam acara keirin masing-masing pada temasya di Tokyo 2020 dan Rio 2016.

    Pada 2022, pelumba kelahiran Dungun, Terengganu itu menjalani pembedahan jantung terbuka susulan disahkan mengalami masalah jantung jarang ditemui dikenali sebagai arteri koronasi kanan yang menyalur dari aorta di posisi janggal/ganjil (AAORCA) di Hospital Epworth Richmond, di Melbourne, Australia. – Bernama

    Gambar ANN
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...