Saturday, December 28, 2024
22.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Paris Hilton dakwa kecantikannya adalah semula jadi

    Selebriti terkenal Paris Hilton menyangka dakwaan pernah melakukan sebarang pembedahan plastik atau mengambil suntikan botoks bagi mengekalkan kecantikan wajahnya.

    Paris atau Paris Whitney Hilton, 43, sebaliknya menjelaskan kecantikan dimilikinya adalah semula jadi dan hanya menjaganya secara konsisten sejak remaja.

    “Saya sangat bangga kecantikan saya adalah semula jadi.

    “Saya tak pernah suntik botoks apatah lagi menjalani sebarang pembedahan plastik,” katanya.

    Paris berkongsi perkara itu menerusi temu bual bersama Zach Sang Show yang disiarkan Jumaat lalu.

    Dalam pada itu, Paris memberitahu ibunya iaitu Kathy Hilton sering menasihatinya agar menjauhi paparan sinaran matahari sejak dia kecil.

    Malah kata ibu kepada dua cahaya mata ini, dia turut mengikuti rutin penjagaan kulit yang ketat dan masih mengamalkannya sehingga ke hari ini.

    “Saya banyak ikut rutin yang diamalkan oleh ibu saya malah dia selalu larang saya berjemur di bawah sinaran matahari,” jelasnya.

    Sementara tiu, Paris turut memiliki spa peribadi di rumah yang dikenali sebagai ‘Sliving Spa’ di mana lengkap dengan peralatan canggih untuk rawatan wajah.

    Spa ini membolehkan Paris dan keluarganya menikmati rawatan kecantikan profesional pada bila-bila masa di rumah.

    Untuk rekod, Paris mendirikan rumah tangga dengan Carter Reum pada November 2021.

    Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Phoenix Barron, 2, dan London Marilyn yang kini berusia setahun. – Agensi

    Paris dedah tidak pernah mengambil suntikan botoks. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda