Saturday, December 28, 2024
22.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Paris Hilton dedah pernah gugurkan kandungan

    Selebriti terkenal Hollywood Paris Hilton mendedahkan dirinya pernah menggugurkan kandungan pada usia muda.

    Portal People melaporkan, Paris, 42, berkata ketika itu dia berusia 20an dan merasakan dirinya terlalu muda untuk melahirkan dan mengasuh anak.

    “Ini adalah sesuatu yang saya tidak mahu kongsikan kerana malu dengan orang ramai.
    Ketika itu saya masih muda dan tidak bersedia untuk memiliki anak,” katanya.

    Paris anggap keputusan untuk gugurkan kandungan adalah hak wanita.

    Katanya, dia terpaksa berkongsi perkara itu selepas mahkamah memansuhkan hak untuk melakukan pengguguran.

    Paris mengakui pernah menggugurkan kandungan pada usia 20an. – Agensi

    “Bagi saya itu adalah hak seorang wanita, dan tubuh badan itu milik mereka.

    Kenapa perlu mencipta undang-undang berdasarkan perkara itu.

    “Jika lelaki itu bertanggungjawab ia pasti tidak akan menjadi seperti ini,” katanya lagi.

    Dalam pada itu, Paris memberitahu bahawa dia mahu menjadi seorang ibu apabila bertemu dengan suaminya iaitu Carter Reum.

    “Saya sangat gembira apabila bertemu dengan Carter membuatkan impian saya ingin menjadi ibu satu kenyataan,” ujarnya. Sekadar ingatan, menggugurkan anak dalam kandungan adalah dilarang dalam Islam. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda