Wednesday, December 4, 2024
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Paris Hilton dedah wajah anak kedua kepada umum

    Pada penghujung November tahun lalu, Paris Hilton mengumumkan yang dia sudah menimang cahaya mata kedua. Walaupun mendedahkan jantina sebagai perempuan namun dia tidak mendedahkan wajah anaknya itu kepada umum.

    Hanya selepas lima bulan, akhirnya penyanyi, model dan usahawan itu mendedahkan wajah serta nama penuh puterinya itu.

    Diberi nama London Marilyn Hilton-Reum, Paris dilihat bangga memangku anak perempuannya dalam satu hantaran di Instagram baru-baru ini.

    “Memperkenalkan London Marilyn Hilton-Reum. Sepanjang ingatan saya, saya selalu mengimpikan untuk memiliki anak perempuan yang dinamakan London. Saya sangat bersyukur dia berada di sini akhirnya.

    “Saya sangat menghargai momen bersama saat kami meluangkan masa bersama. Bersama Pheonix, mereka berdua telah menunjukkan kepada saya betapa mendalamnya sebuah kasih sayang setelah bergelar ibu,” kongsi wanita berusia 43 tahun mengenai anaknya.

    Paris Hilton mendedahkan wajah serta nama penuh puterinya itu selepas lima bulan. – Media Hiburan

    Memetik laporan MH, dia terinspirasi dengan fasa bergelar seorang ibu, Paris Hilton telah melancarkan sebuah lagu baharu bersama penyanyi dan komposer tekenal, Sia. Lagu yang diberi judul Fame Won’t Love itu disifatkan sebagai sebuah lagu yang sangat peribadi baginya.

    “Lagu ini bertindak sebagai satu peringatan tentang ikatan dan perasaan yang ada kepada anak, suami dan keluarga saya. Ia lebih berharga mengatasi segala-galanya di dunia.

    “Lagu ini menjadi sebuah lagu rasmi yang memperkasakan awda untuk memegang hubungan suci awda dekat di hati sama ada dengan keluarga, sahabat dan juga diri sendiri,” ujarnya bercerita tentang lagu tersebut.

    Imbas kembali, sebelum London, Paris terlebih dahulu memiliki seorang anak lelaki yang diberi nama Pheonix Barron Hilton-Reum yang dilahirkan pada Januari 2023 dan kini berusia 15 bulan. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda