Tuesday, May 13, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Paris Masters diteruskan secara tertutup

    PARIS, 30 OKT – Kejohanan tenis Paris Masters akan berlangsung mengikut jadual bermula minggu depan tetapi dalam pintu tertutup dengan beberapa peraturan ketat perlu dipatuhi bagi membendung penularan wabak COVID-19, demikian menurut penganjur semalam.

    “Susulan pengumuman terbaharu oleh kerajaan dan perintah berkurung yang dilaksanakan dari 30 Oktober, Masters 1000, yang dijadualkan berlangsung dari 31 Oktober hingga 3 November di Accor Arena terpaksa di dijalankan secara tertutup,” menurut kenyataan Persekutuan Tenis Perancis (FFT).

    Paris Masters berlangsung di Arena Bercy yang mempunyai 20,000 tempat duduk dan menawarkan hadiah wang tunai 4.3 juta euro (AS$5 juta).

    Pemain nombor dua dunia, Rafael Nadal, yang memenangi Terbuka Perancis sebanyak 13 kali di Roland Garros, Paris dua minggu lalu adalah pilihan utama pada kejohanan itu.

    “Tidak lama dahulu saya meninggalkan Paris dan di sini saya akan kembali beberapa minggu kemudian. Tetap sihat! Terus sihat!” kata Nadal di Instagramnya setelah tiba di bandar itu semalam.

    Gambar fail menunjukkan perlawanan pusingan ketiga ATP World Tour Masters 1000 pada 30 Oktober 2014 di Paris. Kejohanan tenis Masters 1000 di Paris akan diadakan dari 31 Oktober hingga 8 November secara tertutup. – AFP

    FFT mengatakan bahawa sejak awal pandemik mereka telah bekerja rapat dengan kerajaan Perancis untuk menentukan cara terbaik untuk mengadakan acara tersebut.

    “Oleh itu, FFT telah membuat keputusan yang bertanggungjawab untuk mengadakan kejohanan Paris Masters di belakang pintu tertutup,” katanya.

    “FFT menyedari kekecewaan yang akan dirasai oleh orang ramai kerana mereka tidak dapat menghadiri kejohanan ini tetapi ingin mengucapkan terima kasih kepada semua atas pemahaman mereka dan meyakinkan mereka bahawa tiket mereka akan dikembalikan secepat mungkin.”

    Juara bertahan dan pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic memilih untuk tidak bermain di Paris, malah memilih untuk bertanding di Vienna.

    Sekiranya Nadal memenangi gelaran juara Paris, dia akan menyamai rekod kemenangan 36 Masters milik Djokovic. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda