Wednesday, March 26, 2025
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Paris undi cadangan zon bebas kenderaan

    PARIS, 23 MAC – Penduduk Paris dijemput mengundi hari ini untuk menentukan sama ada zon bebas kenderaan akan diwujudkan di kawasan itu, lapor agensi berita Jerman dpa.  

    Jika majoriti menyokong rancangan berkenaan, sebanyak 500 jalan di seluruh bandar akan dihijaukan dan dijadikan zon pejalan kaki.  

    Langkah itu akan menyebabkan kehilangan 10,000 tempat letak kereta dan pemandu perlu bersedia menghadapi laluan lencongan.  

    Pusat pengundian dibuka dari 9 pagi selama 10 jam bagi membolehkan hampir 1.4 juta pengundi berdaftar di bandar itu menyertai referendum.  

    Buat kali pertama, remaja berusia 16 dan 17 tahun juga dibenarkan mengundi, dengan keputusan dijangka diumumkan lewat malam.  

    Setakat ini, masih belum jelas jalan mana yang bakal terlibat dalam inisiatif mengurangkan kesesakan. Menurut perancangan, kira-kira 25 jalan bagi setiap arrondissement atau daerah bandar mungkin terjejas.  Secara keseluruhan, Paris mempunyai lebih 6,000 jalan, dengan sekitar 220 daripadanya sudah pun bebas kenderaan. – Bernama

    Gambar AFP

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda