Wednesday, July 16, 2025
32.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Park Bo Young nafi bercinta

    Pelakon Park Bo Young dan Kim Hee Won menafikan dakwaan yang mengatakan mereka mempunyai hubungan istimewa.

    Menerusi laporan Soompi, Park Bo Young mengakui dia dan Kim Hee Won berkawan rapat semenjak bekerjasama menerusi program Hot Young Bloods dan Collective Invention.

    “Ia adalah tidak benar. Saya berkawan rapat dengan Hee won ketika bekerjasama dalam Hot Young Bloods dan Collective Invention. “Kami memang berkawan rapat dan ada hubungan yang baik sebagai senior dan junior. Memang kami selalu makan bersama! Yang itu betul!

    “Bila kami pergi Yeongdeok untuk program makan snow crab, bukan hanya kami berdua tetapi pengarah Collective Invention juga turut ada bersama.

    “Saya tiada agensi, jadi agak sukar untuk mengeluarkan artikel menafikan perkara itu,” katanya. – Agensi

    Park Bo Young mengakui dia dan Kim Hee Won berkawan rapat tetapi menafikan mereka sedang bercinta. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda