Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Park Bom 2NE1 sekali lagi dakwa Lee Min Ho suaminya

    Ahli kumpulan 2NE1 iaitu Park Bom kembali mencetuskan kontroversi selepas mendakwa aktor Lee Min Ho adalah suaminya.

    Bagi menguatkan dakwaannya itu, Bom turut memuat naik foto kolaj bersama Min Ho di laman sosialnya.

    Bagaimanapun pihak pengurusan Bom bertindak menurunkan hantaran dibuat penyanyi itu selepas peminat mula menyerangnya.

    Wakil syarikat berkenaan dalam satu kenyataan menjelaskan tindakan Bom itu disebabkan dia terlalu meminati Min Ho.

     “Berhubung kes di Instagram Bom, ia adalah ruang peribadi artis, jadi sukar untuk kami mengesahkan dakwaan dibuat.

     “Bagaimanapun berdasarkan kejadian sebelum ini, kami faham ia berlaku kerana dia adalah peminat Lee Min Ho,” kata wakil syarikat tersebut.

    Namun sejurus selepas hantaran itu dipadam, Bom kembali memuat naik foto kolaj sama di Instagram miliknya.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet sudah mula muak dengan sikap Bom dan merasakan sudah tiba masanya dia melakukan pemeriksaan berhubung kesihatan mentalnya di hospital.

    “Tidak bolehkah agensi melakukan sesuatu tentang perkara ini? Pada ketika ini, dia sudah menjatuhkan imej orang lain; Saya rasa Bom benar-benar memerlukan rawatan kesihatan mental,” antara komen warganet.

    Sebelum ini, Park sudah beberapa kali memuat naik foto kolaj bersama Min Ho dan mendakwa pelakon itu suaminya.

    Masalah mental Bom sering kali menjadi perdebatan apabila penyanyi itu dilaporkan berdepan masalah kemurungan sejak beberapa tahun lalu.

    Malah sering menunjukkan sikap dan perilaku pelik sehingga membuatkan ramai bimbang dengan kesihatan mentalnya. – Agensi

    Park Bom tak serik muat naik foto bersama Lee Min Ho. – mStar

    Kata Kunci

    Popular

    Asia Pasifik

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    Berita Berkaitan

    Sisa makanan jadi bahan utama kebun komuniti lestari

    Oleh Soon Li Wei KUALA LUMPUR, 23 NOV - Di tengah-tengah hiruk...

    Persatuan Pediatrik Brunei anjur sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia

    Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV- Persatuan Pediatrik...

    Kejohanan boling rai 69 tahun pendidikan ugama formal

    Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV - Seramai...

    3 pelajar ke Jepun dalami pengajaran bencana tsunami

    Oleh Sim Y. H. BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Nov- Sekumpulan...

    Terkini

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...