Sunday, July 13, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Park Bom jalani pembedahan plastik?

    Agensi D’Nation menafikan khabar angin penyanyi Park Bom (gambar bawah) menjalani pembedahan kosmetik, baru-baru ini.

    Kenyataan penafian itu dikeluarkan selepas penampilan Park Bom di Grand Bell Awards 2020 menjadi perbualan hangat netizen. Menurut D-Nation, bekas anggota kumpulan 2NE1 itu berdepan waktu sukar sehingga dia mengalami tekanan.

    Oleh itu, agensi memberikan ruang kepadanya untuk berehat sehinggalah pelancaran album baharu. “Sebelum ini dia menghabiskan banyak waktu dengan berehat sehingga menyebabkan berat badannya bertambah.

    “Ada orang kata dia buat pembedahan plastik tetapi itu tidak benar. Sekarang kita sedang bekerja untuk album baharu yang akan dilancarkan tahun ini dan Park Bom sedang mempersiapkan diri dengan penampilan baru,” katanya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda