Saturday, May 10, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    Park Geun-hye dituntut penjara 30 tahun

    SEOUL, 27 Feb – Pendakwa Korea Utara hari ini menuntut hukuman 30 tahun penjara ke atas bekas presiden Park Geun-hye, yang dipecat akibat terlibat dalam skandal rasuah yang menunjukkan hubungan ‘gelap’ antara perniagaan besar dan politik, sekali gus mencetuskan bantahan di jalan secara besar-besaran.

    Anak perempuan bekas seorang diktator berusia 66 tahun itu dipecat pada bulan Mac 2017 dan kini telah ditahan selama hampir setahun.

    “Kami meminta mahkamah untuk menjatuhkan hukuman penjara selama 30 tahun dan denda sebanyak 118.5 bilion won (AS$110 juta) bagi tertuduh, yang perlu bertanggungjawab bagi skandal itu sebagai presiden ke-18 negara ini,” kata pendakwa dalam satu kenyataan.

    Mereka berkata, Park, bersekutu dengan rakan kepercayaannya Choi Soon-sil, menjanjikan rasuah berjumlah 59.2 bilion won (AS$52 juta) dari tiga syarikat Korea Selatan, Samsung, Lotte dan SK, sebagai balasan daripada tuntutan dasar..

    Park juga didakwa dengan memaksa 18 firma besar untuk ‘mendermakan’ sejumlah 77.4 bilion won kepada dua pengasas yang diragui dan dikuasai oleh Choi. Pengadilan Daerah Pusat Seoul awal bulan ini mendapati Choi bersalah atas penyalahgunaan kuasa, penyuapan dan campur tangan dalam urusan pemerintahan dan menjatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun.

    Penyokong bekas Presiden Korea Selatan Park Geun-hye menghadiri perhimpunan untuk menggesa bagi pembebasannya di hadapan Mahkamah Daerah Seoul di Seoul, Korea Selatan, kelmarin. – AP

    Tarikh keputusan bagi Park mungkin diumumkan pada akhir sesi hari ini.

    “Tertuduh (Park) menyalahgunakan kuasa yang diwakilkan oleh rakyat untuk mendapatkan keuntungan peribadi untuk Choi dan dirinya … melanggar nilai perlembagaan teras untuk melindungi ekonomi pasaran dan demokrasi yang bebas,” kata kenyataan itu.

    “Akibatnya, tertuduh menjadi presiden pertama yang dipecat melalui dakwaan, meninggalkan kesan yang tidak dapat dilupakan dalam sejarah perlembagaan negara.”

    Dia juga dituduh memperkuat “hubungan yang tidak sihat antara kuasa politik dan kuasa ekonomi.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda