Tuesday, May 13, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Park hadiri sesi pendengaran

    SEOUL, 30 Mac – Presiden Korea Selatan yang dipinggirkan, Park Geun Hye muncul di mahkamah hari ini bagi sesi pendengaran untuk membuat keputusan sama ada dia perlu diberkas atas skandal korupsi dan penyalahgunaan kuasa yang membuatnya digugurkan.

    Park yang kelihatan pucat mengabaikan wartawan-wartawan dan tidak bercakap ketika dia tiba di Mahkamah Daerah Pusat Seoul.

    Penahanan dan pemenjaraan akan menjadi satu langkah dramatik dalam kehinaan presiden wanita pertama Korea Selatan dan permintaan utama bagi jutaan orang yang membuat tunjuk perasaan terhadapnya apabila skandal itu menyelubungi pimpinannya tahun lepas.

    Bekas presiden itu yang dilucutkan dari imunitinya apabila dia dipecat dari jawatannya oleh mahkamah tinggi negara itu pada awal bulan ini, dituduh akan beberapa kesalahan termasuk sogokan, membocorkan maklumat kerajaan dan penyalahgunaan kuasa. Park bagaimanapun menafikan semua tuduhan.

    Choi Soon-Sil, orang kepercayaan rahsia Park dalam skandal berkenaan, sudah pun dibicarakan bagi kesalahan memaksa firma-firma utama tempatan termasuk syarikat Samsung untuk “mendermakan” hampir AS$70 juta kepada Yayasan-yayasan yang tidak berasaskan keuntungan yang dipercayai digunakan olehnya untuk mengaut keuntungan peribadi.

    Park ketika keluar dari bilik mahkamah selepas selesai menghadiri sesi pendengaran berikutan kes skandal rasuahnya. – AFP
    Park ketika keluar dari bilik mahkamah selepas selesai menghadiri sesi pendengaran berikutan kes skandal rasuahnya. – AFP

    Pihak pendakwa raya telah mengemukakan kira-kira 120,000 muka surat dokumen ke Mahkamah Daerah Pusat Seoul dalam hubungan dengan dakwaan-dakwaan terhadap Park dan berkata ia akan menjadi “bertentangan dengan prinsip keadilan” jika dia tidak diberkas.

    Dia yang berusia 65 tahun itu dibawa menggunakan kereta dari rumahnya di selatan Seoul melepasi ratusan bendera dan penyokongnya di jalanan.

    Beberapa daripadanya cuba melepasi penghadang pols dalam satu usaha untuk menghentikan laluan konvoi empat kereta yang disiarkan secara langsung di televisyen. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda