Friday, April 18, 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Park Na Rae alami tekanan emosi, rumah dirompak

    Pelawak Park Na Rae dilaporkan menjadi mangsa kejadian rompakan yang berlaku di kediamannya di Yongsan-gu, Seoul, Korea Selatan.

    Insiden itu menyebabkan beberapa barangan mahal dicuri dari kediaman Park, 40, dan disahkan oleh agensinya kelmarin, menurut laporan mStar.

    Walaupun jumlah kerugian masih belum dapat dipastikan, namun dipercayai nilai tersebut mencecah puluhan ribu ringgit.

    Sumber berkata Park tidak mengetahui waktu tepat barang tersebut hilang dan hanya menyedari kecurian yang berlaku pada Isnin lalu.

    Park juga dikatakan berada dalam keadaan sangat terkejut dan tertekan secara emosi.

    Pasukan Park kini sedang menilai skala kecurian sebenar dan pelakon itu bakal membuat laporan polis dalam masa terdekat.

    Insiden itu juga menyebabkan dia terlepas kemunculan yang dijadualkan di MBC Standard FM ‘Son Tae Jin’s Trot Radio’.

    Pada mulanya, ketidakhadirannya dalam siaran radio itu disebabkan oleh faktor kesihatan kurang baik, tetapi kini kes kecurian itu juga mungkin turut memainkan peranan. – Agensi

    Park akan buat laporan polis tentang rompakan berkenaan. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda