Pelakon K-drama Park Seo Joon dilaporkan membeli sebuah bangunan di kawasan Gangnam Shinadong yang berharga kira-kira RM40 juta.
Memetik laporan Allkpop, pelakon drama Kill Me yang berusia 32 tahun itu membuat pembelian bangunan berkenaan sekitar bulan Jun hingga Ogos lalu.
Bangunan tersebut terletak di kawasan yang dilengkapi pelbagai kemudahan awam dengan reka bentuk yang menarik.
Turut dikongsi, bangunan tersebut mempunyai enam tingkat termasuk bahagian bawah tanah.
Disebabkan pandemik COVID-19, Park Seo Joon menjemput penata gaya dan tukang gunting rambutnya dahulu untuk membuka kedai di bangunan itu dengan harga murah. – Agensi