Pendedahan tidak menggunakan nama sebenar sejak bergelar artis oleh pelakon Park Seo Joon membuatkan perkara itu menjadi bahan ketawa para peminat.
Memetik dari mStar, Aktor berusia 34 itu mendedahkan beliau tidak menggunakan nama Park Young Gyu yang diberikan ibu bapanya kerana ia kedengaran seperti orang tua.
Seo Joon mendedahkan perkara itu ketika muncul dalam program You Quiz on The Block baru-baru ini.
Pengakuan itu membuatkan penonton terhibur malah Yoo Jae Suk yang bertindak sebagai pengacara turut bersetuju nama berkenaan terlalu tua untuk aktor kacak sepertinya.
Dalam pada itu, Seo Joon memberitahu ramai memanggilnya dengan panggilan pakcik apabila mengetahui nama sebenarnya.
“Sebab itu apabila saya beritahu orang nama sebenar saya, mereka akan mengusik saya dengan memanggil saya pakcik,” ujarnya. – Agensi
