Pelakon dan penyanyi Park SooYoung atau Lizzy menerima hukuman denda RM53,000 atas kesalahan memandu dalam keadaan mabuk sehingga berlakunya kemalangan.
Memetik laporan Soompi, Park SooYoung melakukan kesalahan tersebut pada 18 Mei lalu.
Dalam perbicaraan pertama kes di Mahkamah Tinggi Seoul pada Khamis, pihak pendakwa memohon agar Park SooYoung dikenakan hukuman penjara satu tahun.
Bagaimanapun mahkamah hanya menjatuhkan hukuman membayar denda memandangkan ia merupakan kesalahan pertamanya.
Dalam kejadian tersebut, kenderaan yang dipandu Park Soo Young melanggar sebuah teksi di kawasan kejiranan Cheongdam, jalan Gangnam, Seoul.
Insiden yang berlaku itu menyebabkan pemandu teksi mengalami kecederaan dan memerlukan rawatan selama dua minggu. – Agensi
