Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Parkir kenderaan secara mengundur lebih baik, selamat

    Memang benar, kemampuan dan kemahiran memandu dan menganggarkan jarak adalah berbeza daripada seorang individu dengan individu yang lain itu tidak disangkal.

    Namun, memasukkan kenderaan secara mengundur pada ruang parkir adalah jauh lebih baik dan cekap berbanding memandu masuk bahagian depan dahulu.

    Laman blog Paultan.My ingin pula menjelaskan mengapa cara parkir kereta secara mengundur itu sebenarnya adalah lebih baik dan selamat.

    Jika seseorang yang kurang mahir memandu dan ingin memasukkan kenderaan pada ruang parkir, ia akan memerlukan lebih banyak masa juga tidak kira ketika memandu masuk bahagian depan kenderaan dahulu atau secara mengundur berapa banyak masa, itu bergantung kepada individu terlibat.

    Namun, memasuki ruang letak kenderaan secara mengundur adalah lebih selamat; pendekatannya juga lebih cekap dan berkesan bagi pemandu.

    Jika kenderaan menghadap keluar awda sebagai pemandu boleh berinteraksi secara terus dengan pemandu lain menggunakan isyarat tangan atau pandangan mata untuk meminta laluan. – Agensi
    Gambar Freepik
    Gambar Freepik
    Sekiranya kenderaan tiba-tiba rosak dan perlu ditunda ke bengkel, ia akan memudahkan urusan penundaan tersebut. – Agensi

    Mengapa? Ini mungkin lebih tertumpu ketika awda ingin mengeluarkan semula kenderaan kemudiannya dari ruang letak kereta berkenaan.

    Jika masuk parkir secara mengundur, kereta awda akan menghadap keluar; ini memudahkan penglihatan pemandu terhadap keadaan trafik dan lalu lintas ketika ingin mengeluarkan kenderaan selepas itu.

    Bayangkan, misalnya jika ada orang atau kanak-kanak yang berjalan dan ingin melintasi kenderaan awda.

    Dalam kedudukan kenderaan membelakangi aliran trafik (sekiranya memasuki tempat parkir bahagian depan kenderaan dahulu), penglihatan adalah sangat terhad.

    Risiko untuk terlepas pandang pejalan kaki juga lebih tinggi ketika awda dalam proses mengeluarkan kenderaan dari kedudukan yang begitu.

    Bukankah kita juga sudah kerap mendengar banyak kemalangan yang berlaku yang melibatkan kanak-kanak misalnya ketika pemandu mengundurkan kenderaan?

    Melainkan kenderaan awda dilengkapi ciri kamera undur yang imejnya dipaparkan pada skrin, pergerakan orang atau kenderaan lain di luar mungkin sedikit mudah diperhatikan.

    Tetapi, jika awda memasuki ruang letak kereta secara mengundur, ketika ingin keluar kemudiannya, keadaan adalah lebih selamat bagi awda dan juga orang lain yang ada di sekitar, malah pemandu dapat memerhatikan persekitaran dengan lebih baik.

    Ini kerana, awda akan menyedari setiap pergerakan yang mungkin ada kereta lain atau orang hanya kerana sebagai pemandu, awda menghadap secara berdepan dengan arah laluan yang ingin dituju; itu jauh lebih selamat berbanding ketika perlu mengundur keluar. Selain itu, pemandu juga akan menjadi lebih peka.

    Tambahan pula ketika berhadapan dengan pemandu lain yang tidak mahu memberikan kerjasama atau bertolak ansur dengan awda ketika sedang ingin mengeluarkan kenderaan dari parkir.

    Jika kenderaan menghadap keluar, awda sebagai pemandu boleh berinteraksi secara terus dengan pemandu lain di depan, menggunakan isyarat tangan atau pandangan mata untuk meminta laluan yang lebih mudah ketika ingin keluarkan kenderaan cara ini juga biasanya akan menjadikan situasi lebih tenang untuk semua, dan bukan sebaliknya.

    Ada juga kelebihan lain parkir secara mengundur ini. Katakanlah, awda terlupa menutup lampu depan dan selepas beberapa tempoh, bateri akan habis dan kenderaan awda enjinnya tidak boleh dihidupkan.

    Dalam posisi muka kenderaan menghadap keluar, sangat mudah untuk orang membantu ‘jump-start’ kereta awda. Begitu juga sekiranya kenderaan tiba-tiba rosak dan perlu ditunda ke bengkel, ia akan memudahkan urusan penundaan tersebut.

    Memasuki ruang letak kereta secara mengundur kami fikir adalah lebih baik dan berkesan dalam banyak keadaan.

    Lebih penting lagi, pendekatan selamat yang mampu diberikannya kepada pemandu serta pengguna lain dalam persekitaran yang sama kita sendiri pasti pernah berdepan dengan situasi sukar ketika ingin mengeluarkan kereta secara mengundur kerana tidak jelas penglihatan terhadap aliran trafik yang ada di sekitar.

    Jika awda belum pernah atau merasakan susah untuk memasuki parkir secara mengundur, apa kata awda cuba dahulu selepas ini dan bandingkan. Kami berpendapat cara ini lebih selamat. Awda pula bagaimana, ada pandangan yang berbeza? – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda