Friday, November 15, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Parlimen Australia raikan sukarelawan Filipina

    MELBOURNE, 29 FEB – Seorang pendatang Filipina yang telah membantu mengekalkan pasukan bomba sukarelawan di sebuah bandar pedalaman diraikan di Parlimen Australia hari ini semasa sidang khas untuk mengalu-alukan Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr. yang sedang mengadakan lawatan negara.

    Perdana Menteri, Anthony Albanese memuji Samson Bocul sebagai contoh kerelaan diaspora Filipina untuk mengembalikan khidmatnya kepada masyarakat.

    Bocul tinggal di bandar kecil negeri Australia Selatan, Port Wakefield.

    Bandar yang mempunyai 600 orang penduduk itu hampir-hampir membubarkan Perkhidmatan Bomba Negaranya pada 2022 ketika ia bergelut untuk merekrut anggota bomba sukarela.

    Bocul, yang berhijrah pada tahun 2014, adalah satu-satunya individu yang bertindak balas terhadap kempen perekrutan terakhir. Dia membantu membuka jalan dengan merekrut ramai warga Filipina.

    Dengan penambahan ahli keluarga Bucol, yang kebanyakannya terdiri daripada rakan-rakan dan masyarakat Filipina, briged Port Wakefield kini hampir mempunyai kakitangan yang mencukupi, kata kapten briged tempatan, Warren Miller.

    “Dedikasinya menjalankan tugas mendapat penghormatan dan kasih sayang rakan-rakan sukarelawannya,” beritahu Albanese kepada Marcos.

    “Hari ini, satu perempat daripada anggota Perkhidmatan Bomba Negara adalah berketurunan Filipina dan separuh daripadanya ialah kadet.

    “Ciri-ciri semangat diaspora Filipina yang menganggap Australia sebagai tanah air sendiri,” tambah Albanese. – AP

    Gambar yang tidak bertarikh dari Perkhidmatan Bomba Negara Australia Selatan menunjukkan Kapten Warren Miller (kanan), dan Bucol bergambar di balai bomba di Port Wakefield, Australia. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda