Thursday, March 6, 2025
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    Parlimen Belanda lulus RUU larang kanak-kanak bawah 15 tahun guna media sosial

    MOSCOW, 5 MAC – Dewan Perwakilan Belanda meluluskan Rang Undang-undang (RUU) yang menetapkan had umur minimum 15 tahun bagi penggunaan media sosial, lapor Sputnik/RIA Novosti memetik media Belanda. 

    RUU itu dicadangkan oleh parti Democrats 66 dan melibatkan sekatan ke atas platform seperti Instagram, TikTok dan Snapchat, susulan media sosial berkenaan dilaporkan menggunakan algoritma yang mendorong pengguna menghabiskan lebih banyak masa di platform itu. 

    Bagaimanapun, masih belum diketahui sama ada kerajaan Belanda akan melaksanakan larangan terbabit, menurut laporan akhbar Algemeen Dagblad kelmarin. 

    Menteri Belia, Pencegahan dan Sukan, Vincent Karremans mengumumkan bahawa beliau akan mengeluarkan garis panduan berkaitan had umur bagi penggunaan telefon pintar dan aplikasi tertentu menjelang musim panas ini. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda