Monday, October 7, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Parlimen beri laluan mulakan Brexit

    LONDON, 9 Feb – Ahli Parlimen Britain dengan bilangan ramai menyokong rang undang-undang semalam yang memberi kuasa kepada Perdana Menteri Theresa May untuk mula merundingkan tentang keluar dari Kesatuan Eropah (EU), dengan membawa Brexit langkah lebih dekat yang ketara.

    Anggota Dewan Rakyat mengundi dengan 494 berbanding 122 bagi undang-undang yang membolehkan May untuk memetik Perkara 50 Perjanjian Lisbon, EU, yang akan memulakan rundingan dua tahun berhubung pengeluaran Britain dari gabungan 28 negara itu.

    “Kami telah menyaksikan undi bersejarah malam ini, majoriti besar bagi memulakan rundingan langkah keluar kita dari EU dan perkongsian baru dan mantap dengan negara-negara anggotanya,” menurut menteri Brexit, David Davis.

    Rang undang-undang dua fasal yang tidak pinda kini dibawa ke Dewan Pertuanan yang mana mungkin lebih banyak penentangan dari anggota-anggota yang tidak dilantik dan yang mana parti May, iaitu parti Konservatif tidak mempunyai majoriti.

    Namun laluannya menerusi Commons, yang mana dua pertiga ahli parlimen telah berkempen menentang Brexit sebelum referendum bulan Jun, meletakkan May pada laluan untuk memulakan proses pengunduran menjelang akhir Mac seperti yang beliau ikrarkan.

    Parlimen Britain menyokong rang undang-undang yang memberi kuasa kepada Theresa May untuk mula rundingan Britain keluar dari EU. - AFP
    Parlimen Britain menyokong rang undang-undang yang memberi kuasa kepada Theresa May untuk mula rundingan Britain keluar dari EU. – AFP

    Hasil referendum itu telah mencetuskan kejutan dari seluruh Eropah, menakutkan para pelabur dan menimbulkan kebimbangan bagi masa depan EU sendiri.

    Dalam awal minggu, timbul spekulasi bahawa ahli undangan pro Europah mungkin cuba menangguhkan atau malah menghentikan proses Brexit.

    May pada awalnya berusaha memintas parlimen, yang mengakibatkan rayuan kepada Mahkamah Tinggi yang bulan lalu memerintahkan beliau mesti mendapatkan kelulusan mereka untuk memetik Perkara 50.

    Tetapi ketika perdebatan lima hari berhubung keputusan rang undang-undang kerajaan, telah jelas bahawa kebanyakan ahli parlimen tidak akan menghalang proses itu, meskipun sebilangan pihak memberi amaran bahawa meninggalkan pasaran tunggal Eropah itu mungkin membawa bencana.

    Parti pembangkang, Parti Buruh dan parti lebih kecil, Parti Scottish National (SNP) membincangkan pindaan yang menuntut jaminan kemasukan pasaran, hak pekerja dan warga-warga Eropah di Britain. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda