Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Parlimen Croatia luluskan kerajaan baharu

    ZAGREB, 24 JULAI – Parlimen Croatia telah meluluskan kerajaan baharu yang dipimpin oleh parti konservatif yang memenangi pilihan raya parlimen pada awal bulan ini.

    Kerajaan Perdana Menteri Andrej Plenkovic memenangi sokongan lewat semalam dalam perhimpunan 151 anggota dalam undi 76-59. Penggubal undang-undang selebihnya sama ada tidak hadir atau tidak mengundi.

    Plenkovic ialah perdana menteri kerajaan sebelumnya yang juga dipimpin oleh parti Kesatuan Demokratik Croatia.

    Kerajaan sekarang juga mempunyai sokongan dua kumpulan liberal kecil dalam parlimen dan minoriti negara. Parti HDZ Plenkovic memenangi 66 kerusi dalam parlimen dalan pilihan raya pada 5 Julai sementara parti pembangkang utama memenangi 41 kerusi.

    Plenkovic berkata matlamat utama kerajaan baharu adalah untuk merangsang ekonomi Croatia, yang telah terkesan teruk oleh pandemik koronavirus.

    “Matlamat utama kami adalah menjamin kesejahteraan rakyat kami, untuk memelihara kesihatan dan pekerjaan mereka semasa pandemik,” kata Plenkovic.

    Anggota Kesatuan Eropah, Croatia telah bergelut untuk menyelamatkan musim pelancongan, yang telah terjejas teruk oleh wabak virus. Sebuah negara dengan 4.2 juta penduduk, Croatia terkenal dengan pantai Laut Adriatik yang indah. – AFP

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda