Friday, May 9, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Parlimen India ditangguhkan selepas protes pengusiran Rahul Gandhi

    NEW DELHI, 28 MAC – Parlimen India telah ditangguhkan dua kali kelmarin selepas penggubal undang-undang mengadakan bantahan dan membaling kertas kepada speaker berikutan pengusiran dari dewan pemimpin tertinggi pembangkang Rahul Gandhi.

    Gandhi kehilangan kerusi parlimennya pada Jumaat selepas disabitkan bersalah dalam kes yang dikatakan pengkritik menunjukkan bagaimana kedaulatan undang-undang terancam dalam demokrasi terbesar dunia di bawah Perdana Menteri Narendra Modi.

    Speaker membatalkan sesi tidak sampai seminit selepas ahli parlimen pembangkang berpakaian hitam menjerit, sebahagian daripada mereka membaling kertas ke arahnya.

    “Saya mahu mengendalikan Dewan dengan bermaruah,” kata Speaker, Om Birla.

    Sesi itu disambung semula beberapa jam kemudian tetapi dibatalkan semula selepas kira-kira 10 minit apabila ahli parlimen pembangkang melaungkan slogan anti-Modi dan melambai sepanduk ‘Demokrasi dalam bahaya’.

    Ia adalah yang terbaharu dalam beberapa penangguhan sejak beberapa minggu kebelakangan ini di parlimen India yang sering riuh rendah di kalangan ahli parlimen yang mewakili 1.4 bilion penduduk India. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda