Sunday, December 22, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Parlimen Iran halang pelantikan Naib Presiden Sunni

    TEHRAN, 25 SEPT – Parlimen Iran hari ini menyekat pelantikan seorang ahli politik daripada minoriti Sunni sebagai naib presiden, lapor media kerajaan.

    Pada Ogos, Presiden Masoud Pezeshkian telah mengumumkan pelantikan Abdolkarim Hosseinzadeh sebagai Naib Presiden untuk pembangunan luar bandar dan kawasan terpinggir, memetik ‘pengalaman berharganya’.

    Tetapi hari ini, penggubal undang-undang mengundi menentang peletakan jawatannya daripada parlimen untuk memegang jawatan naib presiden, kata agensi berita rasmi IRNA.

    “Ahli Parlimen mengundi 107 menyokong, 129 menentang, dan lima berkecuali daripada 247 wakil yang hadir,” tambahnya.

    Berikutan undian itu, ahli parlimen Mehrdad Lahouti berkata undian itu bertujuan untuk mengekalkan Hosseinzadeh dalam badan perundangan kerana ‘keupayaan dan pengalamannya’.

    “Penggubal undang-undang percaya kehadirannya di parlimen akan lebih berkesan dan berguna,” kata Lahouti dalam kenyataan yang dipetik oleh agensi berita parlimen ICANA.

    Beliau berkata keputusan untuk menghalang Hosseinzadeh daripada meletak jawatan adalah ‘sama sekali tidak berkaitan’ dengan beliau sebagai seorang Sunni. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda