Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Parlimen Kemboja lulus undang-undang pelucutan kewarganegaraan

    PHNOM PENH, 25 OGOS – Ahli Parlimen Kemboja hari ini meluluskan satu undang-undang baharu yang membolehkan individu dilucutkan kewarganegaraan sekiranya didapati ‘bersubahat’ dengan negara asing, langkah yang dikhuatiri kumpulan hak asasi akan digunakan untuk menyingkirkan pihak yang menentang kerajaan.

    Kerajaan Kemboja sebelum ini sering dituduh menggunakan undang-undang keras bagi mengekang pembangkang serta perdebatan politik yang sah.

    Dalam sidang Dewan Perhimpunan Kebangsaan yang dihadiri 120 wakil rakyat termasuk Perdana Menteri Hun Manet, kese-mua ahli parlimen sebulat suara menyokong rang undang-undang tersebut, yang memberi kuasa kepada pihak berkuasa melucutkan kewarganegaraan kerana ‘tindakan bersubahat’ dengan kuasa asing.

    Gabungan 50 pertubuhan hak asasi pada Ahad lalu memberi amaran undang-undang tersebut akan memberi kesan yang serius terhadap kebebasan bersuara rakyat Kemboja.

    Pelucutan kewarganegaraan akan diputuskan oleh sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan atas permintaan Menteri Dalam Negeri, Sar Sokha. – AFP

    Perdana Menteri Kemboja Hun Manet mendaftar ketika tiba untuk menghadiri mesyuarat di bangunan Dewan Negara di Phnom Penh kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda