Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Parlimen Kemboja sokong timbalan PM baharu

    PHNOM PENH, 21 FEB – Perhimpunan Kebangsaan Kemboja hari ini menyokong Menteri Perkhidmatan Awam, Hun Many, sebagai timbalan perdana menteri yang baharu.

    Hun Many, yang menjadi Menteri Kementerian Perkhidmatan Awam Ogos lalu, adalah adik kepada Perdana Menteri, Hun Manet, dan anak bongsu bekas Perdana Menteri, Samdech Techo Hun Sen.

    Kira-kira 120 ahli parlimen yang hadir, termasuk Hun Manet, sebulat suara memberikan undian kepercayaan kepada Hun Many.

    “Berdasarkan keputusan undian, saya ingin mengisytiharkan Hun Many memenangi undi percaya Dewan Negara sebagai timbalan perdana menteri,” kata Presiden Dewan Negara, Khuon Sudary, pada akhir sesi.

    Pada majlis itu, parlimen turut meluluskan pelantikan Sry Thamarong dan Pen Vibol, yang kini berkhidmat dengan perdana menteri, sebagai menteri kanan yang bertanggungjawab bagi misi khas.

    Bercakap sebelum sesi pengundian, Hun Manet berkata, pelantikan baharu itu dibuat sebagai tindak balas kepada ‘keperluan yang untuk mempromosikan pelaksanaan paling cekap program politik kerajaan dalam badan perundangan ketujuh Dewan Negara.’

    Dengan pelantikan terkini, bilangan timbalan perdana menteri di negara Asia Tenggara itu meningkat kepada 11 orang, dan bilangan menteri kanan bertambah kepada 23 orang.

    Dewan Negara terdiri daripada 125 penggubal undang-undang, termasuk 120 daripada Parti Rakyat Kemboja (CPP) yang memerintah dan lima daripada Parti Funcinpec diraja. – Xinhua

    Menteri Perkhidmatan Awam Kemboja, Hun Many, tiba di Perhimpunan Kebangsaan di Phnom Penh, Kemboja pada 21 Februari. – Xinhua
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...