Ahad, 23 November 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Parlimen Korea S haramkan makan daging anjing

    SEOUL, 9 JAN – Parlimen Korea Selatan hari ini telah meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) yang mengharamkan pembiakan, penyembelihan dan penjualan anjing untuk daging haiwan itu, satu amalan tradisional yang telah lama dianggap aktivis sebagai memalukan bagi negara itu.

    Dewan Negara meluluskan RUU itu dengan undian 208-0. Ia akan berkuatkuasa selepas tempoh kelonggaran selama tiga tahun dan selepas ia menerima kelulusan akhir daripada Presiden Yoon Suk Yeol.

    Pembiakan, penjualan dan penyembelihan anjing untuk daging haiwan berkenaan akan dihukum penjara sehingga tiga tahun atau denda AS$23,000.

    Daging anjing telah lama menjadi sebahagian daripada masakan Korea Selatan dan pernah satu ketika sehingga sejuta anjing dipercayai dibunuh untuk perdagangan setiap tahun, namun pemakanan dagingnya telah menurun secara mendadak baru-baru ini, berikutan rakyat Korea yang menerima pemilikan haiwan kesayangan secara meluas.

    Makan daging anjing adalah sebahagian pantang larang dalam kalangan warga Korea Selatan yang lebih muda dan warga bandar, di mana tekanan daripada aktivis hak haiwan juga telah meningkat kepada kerajaan untuk mengharamkan amalan tersebut.

    Sokongan rasmi terhadap larangan itu telah meningkat di bawah pemerintahan Yoon, seorang pencinta haiwan yang mengaku dirinya sendiri yang telah mengambil beberapa anjing dan kucing terbiar bersama Wanita Pertama, Kim Keon Hee – yang juga pengkritik lantang terhadap pengambilan daging anjing.

    Aktivis mengalu-alukan rang undang-undang itu, memanggilnya ‘sejarah dalam pembuatan’.

    “Kami mencapai titik kritis di mana kebanyakan warga Korea menolak makan anjing dan ingin melihat penderitaan ini dimuatkan ke dalam buku sejarah dan hari ini penggubal dasar kami telah bertindak tegas untuk merealisasikannya,” kata JungAh Chae, pengarah eksekutif Humane Society International Korea dalam satu kenyataan. – AFP

    Aktivis hak haiwan menghadiri perhimpunan protes menyokong RUU pengharaman daging anjing di Perhimpunan Kebangsaan di Seoul, Korea Selatan. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda