Saturday, November 16, 2024
29.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Parlimen Kuwait dibubarkan lagi

    ISTANBUL, 2 MEI – Parlimen Kuwait sekali lagi dibubarkan pada Isnin, lapor agensi Anadolu, memetik agensi berita KUNA.

    Dekri Diraja mengenai pembubaran parlimen itu diluluskan selepas mesyuarat Kabinet.

    Pada Mac, Mahkamah Perlembagaan Kuwait membatalkan pilihan raya parlimen yang diadakan pada tahun lalu dan mengembalikan semula kerajaan sebelum ini.

    Pada pilihan raya September 2022, pihak pembangkang memenangi 28 kerusi daripada 50 kerusi Parlimen. Tetapi mahkamah memutuskan bahawa pilihan raya itu tidak sah. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda