Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Parlimen lulus pemindahan ibu kota Indonesia

    JAKARTA, 18 JAN – Parlimen Indonesia hari ini telah meluluskan satu undang-undang yang membenarkan pemindahan ibu kotanya dari Jakarta ke lokasi 2,000km jauh di pulau Borneo yang diliputi hutan yang akan dinamakan ‘Nusantara’.

    Undian Dewan Perwakilan itu menyediakan rangka kerja perundangan bagi pemindahan berkenaan, yang pertama kali dimaklumkan oleh Presiden Joko Widodo pada April 2019, memetik kenaikan paras laut dan kesesakan teruk di pulau Jawa yang penuh sesak itu.

    Didiami lebih 30 juta penduduk di kawasan metro, Jakarta telah lama dibelenggu masalah-masalah infrastruktur serius dan banjir yang diburukkan oleh perubahan iklim, dengan pakar-pakar meramalkan sehingga satu pertiga bandar itu akan ditenggelami menjelang 2050.

    Ibu kota baharu itu akan meliputi kira-kira 56,180 hektar di wilayah Kalimantan Timur di bahagian Indonesia pulau Borneo, yang dikongsi bersama Malaysia dan Brunei.

    Secara keseluruhannya, 256,142 hektar telah diperuntukkan bagi projek berkenaan, dengan tanah tambahan ditetapkan bagi potensi pengemba-ngan masa depan.

    Pelan-pelan awal bagi ibu kota baharu itu menggambarkan rekaan utopia yang bermatlamat untuk mewujudkan bandar ‘pintar’ mesra alam sekitar, tetapi hanya sedikit maklumat telah disahkan.

    Rancangan untuk memulakan pembinaan pada 2020 terbantut disebabkan pandemik COVID-19.

    Pencinta alam sekitar yang mengkritik pemindahan tersebut memberi amaran bahawa ia boleh merosakkan ekosistem di rantau ini, di mana perlombongan dan perladangan minyak sawit telah mengancam hutan hujan yang didiami spesies-spesies terancam Borneo. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...