Monday, January 20, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Parlimen Malaysia lulus pemansuhan hukuman mati mandatori

    KUALA LUMPUR, 3 APRIL – Pemenjaraan bagi suatu tempoh dengan sebatan dilihat sebagai hukuman gantian paling sesuai bagi 11 kesalahan yang membawa hukuman mati mandatori.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ramkarpal Singh berkata hukuman gantian perlu setimpal dengan keseriusan jenayah yang dilakukan dan tidak mengakibatkan kejanggalan dengan hukuman lain yang kurang serius.

    “Kombinasi hukuman pemenjaraan dan sebatan adalah wajar supaya dilihat sebagai hukuman yang lebih berat berbanding hukuman untuk jenayah-jenayah lain,” katanya ketika membentangkan Rang Undang-Undang Pe-mansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 di Dewan Rakyat hari ini.

    Rang undang-undang itu, yang bertujuan memansuhkan hukuman mati mandatori, mengubah hukuman pemenjaraan sepanjang hayat dan sebatan serta mengadakan peruntukan bagi perkara berkaitan, diluluskan selepas bacaan kali ketiga setelah dibahas oleh 10 Ahli Parlimen.

    Melalui undang-undang itu, mahkamah mempunyai budi bicara untuk menjatuhkan hukuman mati atau pemenjaraan bagi tempoh tidak kurang 30 tahun tetapi tidak melebihi 40 tahun dan sekiranya tidak dijatuhkan hukuman mati, hendaklah juga dihukum dengan sebatan tidak kurang 12 kali. – Bernama

    Ramkarpal Singh ketika mengadakan sidang media selepas Rang Undang-Undang Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori dan Rang Undang-Undang Semakan Hukuman Matidan Pemenjaraan Sepanjang Hayat diluluskan, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda