Sunday, September 29, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Parlimen North Macedonia lantik Mickoski sebagai PM baharu

    BUDAPEST, 24 JUN – Ahli Parlimen North Macedonia pada Ahad melantik ketua parti VMRO-DPMNE Hristijan Mickoski sebagai perdana menteri yang baharu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

    Seramai 77 ahli Parlimen daripada 120 kerusi mengundi menyokong kerajaan baharu, manakala 22 menentang dan 21 lagi berkecuali.

    VMRO-DPMNE pimpinan Mickoski memenangi pilihan raya parlimen pada Mei dan membentuk gabungan dengan perikatan Albania VLEN dan parti liberal ZNAM untuk memerintah.

    Gabungan itu menggantikan Kesatuan Demokratik Sosial Macedonia (SDSM).

    SDSM memerintah Macedonia sejak 2017, yang dinamakan semula sebagai North Macedonia pada 2019.

    Negara itu menyertai NATO pada 2020 selepas kerajaan bekas perdana menteri Zoran Zaev menyelesaikan pertikaian nama dengan Greece.

    Athens menuntut perubahan itu kerana sebuah wilayah di utara Greece dinamakan Macedonia. – Bernama

    Hristijan Mickoski bercakap semasa sambutan di dataran utama selepas parti mereka mengumumkan kemenangan dalam pilihan raya presiden dan parlimen, di Skopje, Macedonia Utara, pada 9 Mei 2024. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda