COLOMBO, 9 DIS – Parlimen Sri Lanka kelmarin meluluskan belanjawan yang termasuk pembaharuan bertujuan memperbaiki kewangan negara ketika ia cuba pulih daripada krisis ekonomi terburuk.
Belanjawan berjumlah AS$15 bilion itu termasuk pakej bantuan sebanyak AS$117 juta untuk penduduk yang terkesan akibat krisis.
Belanjawan itu memberikan penstrukturan semula perusahaan yang dimiliki oleh kerajaan, mengurangkan subsidi bagi elektrik dan meningkatkan cukai bagi menambah pendapatan negara berdasarkan cadangan oleh Kumpulan Wang Antarabangsa di bawah pelan pinjaman bernilai AS$2.9 bilion.
Hutang kerajaan yang tidak mampan, krisis imbangan pembayaran yang teruk dan kesan pandemik COVID telah menyebabkan kekurangan bekalan penting seperti minyak, ubat-ubatan dan makanan, dan harga barangan yang melambung menimbulkan kesukaran bagi kebanyakan penduduk Sri Lanka.
Ramai penduduk negara itu kehilangan pekerjaan kerana perniagaan-perniagaan menjadi tidak mampan. – AP