Parlimen Sweden bakal lantik PM wanita pertama

STOCKHOLM, 24 NOV – Parlimen Sweden bakal melantik Menteri Kewangan, Magdalena Andersson sebagai perdana menteri wanita pertama hari ini, beberapa jam selepas dia meraih perjanjian minit akhir mendapatkan sokongan utama.

Andersson, 54, yang menggantikan pemimpin Demokratik Sosial awal bulan ini, mencapai perjanjian bersama Parti Kiri lewat kelmarin bagi meningkatkan pencen sebagai ganti mendapatkan sokongan dalam undian di parlimen, hari ini.

“Kami mencapai perjanjian untuk mengukuhkan kewangan bagi pesara yang miskin,” Andersson memberitahu penyiar SVT beberapa minit selepas pengumuman pencapaian perjanjian.

“Kami tidak akan menghalang Andersson,” kata pemimpin Parti Kiri, Noorshi Dadgostar kepada radio Sweden.

Di bawah sistem Sweden, calon perdana menteri tidak perlu sokongan majoriti di parlimen.

Andersson yang sudah menerima sokongan daripada parti gabungan Demokratik Sosial dan Greens, serta Parti Tengah.

Sekiranya terpilih, Andersson akan secara rasmi mengambil alih selepas pertemuan dengan Raja Carl XVI Gustaf pada Jumaat. – AFP

MagdalenaAndersson melambai selepas dipilih sebagai pengerusi Parti Demokratik Sosial di Gothenburg. Andersson bakal menjadi perdana menteri wanita pertamaSweden.- AP