Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Parlimen UK dibuka tanpa Ratu Elizabeth II

    LONDON, 10 MEI – Ratu Elizabeth II hari ini tidak akan menghadiri istiadat pembukaan Parlimen buat pertama kali dalam hampir 60 tahun, menurut kenyataan Istana Buckingham pada Isnin.

    Baginda akan diwakili pewaris takhta, Prince of Wales, Putera Charles. Turut dijadual hadir pada istiadat itu Putera William, lapor Agensi Anadolu (AA).

    Kenyataan Istana Buckingham memaklumkan: “Ratu mengalami masalah ‘episodic mobility’ dan tidak akan menghadiri istiadat pembukaan Parlimen hari ini.” Ini adalah kali ketiga Ratu Elizabeth II, 96, tidak dapat berangkat hadir pada majlis istiadat itu.

    Sejak beberapa bulan kebelakangan ini Baginda juga tidak menghadiri beberapa acara rasmi.

    Ia sekali gus mencetuskan persoalan dalam kalangan media tempatan sama ada Ratu Elizabeth II akan menghadiri sambutan Jubli Platinum tahun ini sempena memperingati 70 tahun baginda berada di atas takhta.

    Putera Charles, memakai pakaian seragam tentera, melambai kepada orang ramai ketika beliau menuju ke Istana Westminster bersama isteri Camilla, Duchess of Cornwall. Seterusnya lagu kebangsaan ‘God Save the Queen’ berkumandang ketika beliau tiba di parlimen.

    Putera Charles kemudian menyampaikan Ucapan Ratu Elizabeth II dari singgahsana, sebelum membaca agenda kerajaan kepada hadirin. – Bernama/AFP

    Putera Charles duduk bersebelahan takhta Ratu Elizabeth II semasa Sesi Pembukaan Parlimen di Istana Westminster di London kelmarin. Turut hadir Putera William dan Camilla. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...