Parti pemerintah adakan undian 14 Sept ganti Abe

TOKYO, 2 SEPT – Parti pemerintah Jepun akan mengadakan undian pada 14 September untuk menggantikan Perdana Menteri, Shinzo Abe, pegawai telah mengesahkan hari ini, di mana setiausaha kabinet, Yoshihide Suga mengukuhkan kedudukannya sebagai calon utama.

Undian yang dibuat di parlimen – dijangka menyokong pemimpin baharu Parti Liberal Demokratik (LDP) – yang kemungkinan akan diadakan pada 16 September.

Perdana Menteri yang baharu akan berdepan dengan banyak cabaran, daripada pandemik koronavirus hinggalah ke bidang ekonomi seterusnya menjamin Sukan Olimpik Tokyo yang tertunda supaya dapat diteruskan.

Sebahagian ahli LDP yang tidak berpuas hati telah menyatakan sokongan mereka ke atas Suga, yang dijangka secara rasmi mengumumkan pencalonannya hari ini.

Dua orang calon lain ialah bekas menteri pertahanan, Shigeru Ishiba dan ketua dasar LDP, Fumio Kishida, setakat ini telah mengumumkan rancangan untuk mencalonkan diri.

Setiausaha kabinet Jepun, Yoshihide Suga bakal mengumumkan pencalonannya sebagai perdana menteri Jepun. – AP

LDP telah memilih undian kepimpinan berskala besar yang tidak akan merangkumi anggota berpangkat rendah.

Sebaliknya, hanya ahli parlimennya dan tiga wakil dari seluruh 47 wilayah di negara itu akan mengundi.

Keputusan tersebut telah mengundang kritikan tetapi pegawai parti berkata ia akan mengambil masa yang terlalu lama untuk mengadakan undian secara besar-besaran.

Para pakar berkata format tersebut telah memihak kepada Suga, 71, yang sudah mendahului dalam pemilihan.

“Pemilihannya semakin memberi jaminan, ketika pihak yang tidak berpuas hati dalam LDP – kecuali golongan yang diketuai oleh calon saingan Shigeru Ishiba dan Fumino Kishida – berada di belakang Suga,” kata Tobias Harris, seorang pakar Jepun dari syarikat pakar perunding Teneo.

Suga telah menjawat beberapa jawatan penting sejak sekian lama – menyelaraskan dasar antara kementerian dan agensi serta berfungsi sebagai wakil kerajaan ketika menjadi ketua jurucakap.

Dianggap sebagai ahli politik yang pragmatik, dia adalah penasihat rapat Abe yang mendorong perdana menteri itu untuk terus menjadi perdana menteri sekali lagi selepas tempoh pertama yang gagal selepas hanya setahun pada 2007. – AFP