Friday, January 31, 2025
28.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Parti pemerintah Indonesia pilih calon naib presiden

    JAKARTA, 18 OKT – Parti pemerintah Indonesia hari ini menamakan menteri keselamatan tertinggi negara itu sebagai rakan calon presiden parti itu dalam pemilihan tahun depan di negara demokrasi terbesar di Asia Tenggara.

    Muhammad Mahfud akan memohon jawatan naib presiden bersama calon presiden Parti Demokratik Indonesia Perjuangan (PDIP), Ganjar Pranowo, bekas gabenor di Jawa Tengah.

    Pengumuman yang dibuat oleh pengerusi PDIP, Megawati Sukarnoputri itu dihadiri oleh tiga pemimpin parti rakan PDIP untuk pemilihan pada Februari dan mewujudkan potensi perlumbaan tiga penjuru, dengan Pranowo dijangka berdepan bekas gabenor Jakarta, Anies Baswedan dan Menteri Pertahanan, Prabowo Subianto.

    Baswedan memilih rakannya sebagai Muhaimin Iskandar, pengerusi Parti Kebangkitan Nasional, yang mempunyai hubungan kuat dengan pertubuhan Islam terbesar negara, Nahdlatul Ulama (NU), yang mempunyai lebih 45 juta orang ahli.

    Pemilihan PDIP dilihat sebagai oleh ramai pihak sebagai langkah untuk meningkatkan populariti Pranowo di negara majoriti Islam terbesar di dunia.

    Calon presiden dari parti pemerintah PDIP, Ganjar Pranowo (kiri) dan rakan calon, Mahfud semasa diumumkan sebagai calon presiden parti itu di Jakarta, Indonesia. – AP

    Mahfud, bekas ketua keadilan dalam Mahkamah Perlembagaan, merupakan sekutu rapat dengan NU dan sudah lama terlibat dalam organisasi, termasuk sayap muda NU, GP Ansor.

    Sukarnoputri memuji Mahfud sebagai seorang yang jujur, berani, komited dan idealismenya tidak dapat dipersoalkan.

    “Beliau merupakan tokoh yang kami telah diberi mandat untuk mereformasi sistem perundangan negara kerana rakyat telah lama menunggu keadilan ini,” kata Sukarnoputri.

    “Kami menyeru restu rakyat Indonesia, mudah-mudahan rakyat akan membantu mereka untuk menjadi pemimpin seterusnya negara ini.”

    Pranowo dan Mahfud merancang untuk mendaftar secara rasmi untuk bertanding dalam pilihan raya di Suruhanjaya Pilihan Raya Umum, yang membuka pendaftaran esok dan mempunyai tarikh tutup pada Rabu depan. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda