Thursday, April 25, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Parti pimpinan Modi menang besar

    AHMEDABAD, 9 DIS – Parti pimpinan Perdana Menteri India, Narendra Modi menang besar di negeri kelahirannya, menurut keputusan pilihan raya yang dikeluarkan hari ini, dalam kedudukan kukuh menjelang pilihan raya umum pada 2024.

    Dengan keputusan terbaik di negeri barat yang mempunyai kira-kira 60 juta orang penduduk, Parti Bharatiya Janata (BJP) memenangi sekurang-kurangnya 147 daripada 182 kerusi di Gujarat, meningkat daripada 99 kerusi, dan dijangka akan memenangi sembilan lagi sebaik sahaja semua undian dikira.

    Modi berkempen dengan bersungguh-sungguh di Gujarat, negeri di mana dia pernah dilantik sebagai ketua menteri selama 12 tahun sebelum dilantik menjadi perdana menteri pada 2014, dengan pembuangan undi diadakan pada 1 dan 5 Disember lalu.

    Modi berterima kasih kepada penduduk di Gujarat dan berkata melalui Twitternya bahawa beliau ‘berasa amat terharu’ oleh keputusan itu.

    BJP memerintah Gujarat selama 27 tahun, dan parti itu berserta sekutunya memimpin kerajaan di 16 daripada 28 buah negeri di India. – AFP

    Ketua Menteri negeri Gujarat, Bhupendrabhai Petal (tengah) meraikan kemenangan di Ahmedabad selepas BJP menang besar dalam pilihan raya di negeri kelahiran Narendra Modi. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 remaja ditahan dalam serbuan antikeganasan

    SYDNEY, 24 APRIL - Polis Australia memberkas tujuh remaja dalam serbuan antikeganasan hari ini, dengan dakwaan rangkaian itu mungkin merancang serangan dan menimbulkan ‘risiko...