Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Parti pimpinan PM Kemboja dakwa menang besar

    PHNOM PENH, 24 JULAI – Parti Rakyat Kemboja (CPP) pimpinan Perdana Menteri Samdech Techo Hun Sen, mendakwa mencatat kemenangan besar dalam pilihan raya umum pada Ahad, lapor agensi berita Xinhua memetik jurucakap parti.

    Walaupun keputusan rasmi belum diumumkan, jurucakap CPP Sok Eysan mengesahkan keputusan itu pada Ahad.

    “Kami menang besar dalam pilihan raya ini, tetapi kami belum mengira jumlah kerusi yang kami peroleh. Ini benar-benar mencerminkan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan CPP,” katanya kepada Xinhua.

    Sebanyak 18 parti politik bertanding untuk memilih 125 ahli Dewan Rakyat. 

    Proses pengiraan kertas undi masih dijalankan oleh Jawatankuasa Pilihan Raya Kebangsaan (NEC) dan keputusan rasmi dijangka dikeluarkan pada 9 Ogos. – Bernama

    Pegawai pilihan raya bersedia untuk mengira undi di pusat mengundi di Phnom Penh pada 23 Julai semasa pilihan raya umum. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda