ROM, 1 Jun – Parti-parti populis Itali akan mengangkat sumpah hari ini di Rom selepas mereka mencapai perjanjian gabungan baharu, yang hanya menang tipis dalam pilihan raya awal dan menggerakkan kerajaan anti jimat cermat dalam ekonomi ketiga terbesar dalam zon euro.
Petang semalam Presiden Sergio Mattarella memberikan mandat kali kedua kepada Gluseppe Conte, pilihan pihak populis bagi jawatan perdana menteri.
Itali berhadapan dengan keadaan ketidakpastian dalam politik hampir tiga bulan selepas pilihan raya bulan Mac yang tidak membawa sebarang kesimpulan, yang mengoyah pasaran kewangan dan mencetuskan kebimbangan di kalangan rakan-rakan Euro.
Conte, peguam kurang dikenali dan juga orang baharu dalam politik telah mengumumkan pilihannya bagi kabinet akan datang negara itu selepas rundingan dengan Mattarella.
Dari gabungan, ketua parti League Matteo Salvini dilantik sebagai menteri dalam negeri, manakala ketua parti Five Star Movement Luigi Di Maio dijangka menjadi menteri pembangunan ekonomi. – AFP
