Saturday, May 4, 2024
23.9 C
Brunei

    -

    Parti Presiden Maldives dijangka menang besar dalam pilihan raya

    NEW DELHI, 22 APRIL – Parti Presiden Mohamed Muizzu dijangka menang besar dalam Pilihan Raya Parlimen Maldives, kelmarin.

    Menurut media tempatan, parti Muizzu Kongres Nasional Rakyat (PNC) dijangka memenangi lebih 60 daripada 93 kerusi yang dipertandingkan.

    Pembangkang, Parti Demokratik Maldives pula dijangka memperoleh hanya 15 kerusi.

    Jumlah pemilih yang layak mengundi ialah 284,000, yang mana 72.9 peratus mengundi untuk memilih 93 wakil mereka daripada 368 calon yang berhasrat mengisi kekosongan kerusi di Majlis Rakyat.

    Rakyat Maldives telah menunjukkan sokongan kuat kepada Muizzu dan agenda pembangunannya, kata Menteri Pengangkutan dan Perkhidmatan Penerbangan Maldives Mohamad Ameen dalam hantaran di media sosial.

    Muizzu yang memenangi Pilihan Raya Presiden tahun lepas dengan kempen yang tidak memberi keutamaan kepada pengaruh negara luar tertentu  dan menumpukan kepada meningkatkan kemudahan kesihatan, perumahan dan perniagaan, eksport perikanan dan membina perkongsian dengan negara-negara utama dunia termasuk China. – Bernama

    Seorang wanita membuang undi di pusat mengundi di Male, India, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...