Sunday, July 7, 2024
23.3 C
Brunei

    -

    Parti sayap kanan dahului pusingan pertama pilihan raya awal Perancis

    PARIS, 1 JULAI – Parti sayap kanan Perancis, National Rally (RN), mendahului pusingan pertama pilihan raya awal Perancis yang diadakan kelmarin, lapor Xinhua memetik unjuran yang diterbitkan oleh firma penyelidikan Elabe.

    Menurut unjuran itu, RN dan sekutunya memperoleh 33 peratus undi, yang dijangka memberikan mereka antara 260 dan 310 kerusi dalam Dewan Negara.

    Mengikuti RN, New Popular Front (NFP), gabungan parti kiri, dijangka memperoleh 28.5 peratus undi dengan antara 115 dan 145 kerusi dalam Dewan Negara akan datang.

    Gabungan tengah Presiden Perancis, Emmanuel Macron berada di tempat ketiga dengan 22 peratus undi, yang membolehkan mereka memilih 90 hingga 120 wakil rakyat, menurut unjuran itu.

    Susulan pengumuman unjuran itu, Marine Le Pen dari National Rally menyeru pengundi untuk mengundi parti itu dalam pusingan kedua pilihan raya akan datang untuk membolehkan RN memperoleh ‘majoriti mutlak’ dalam Dewan Negara, yang akan membolehkan parti sayap kanan itu menduduki jawatan perdana menteri dalam kerajaan akan datang.

    Emmanuel Macron (kanan) membuang undi pada pusingan pertama pilihan raya awal parlimen Perancis, di Le Touquet-Paris-Plage, utara Perancis pada 30 Jun. – AP

    Presiden RN, Jordan Bardella berkata pusingan kedua pilihan raya itu akan menjadi yang paling signifikan dalam sejarah republik kelima Perancis.

    “Saya menyeru semua rakyat Perancis yang terikat dengan kebebasan mereka, untuk pemulihan Perancis, menyertai kami,” katanya.

    Bercakap kepada penyokongnya, Jean-Luc Melenchon dari NFP, berkata rakyat Perancis ‘menuju ke arah pusingan kedua dengan intensiti luar biasa’.

    Beliau menyeru pengundi untuk memilih New Popular Front berbanding National Rally, kerana NFP adalah ‘satu-satunya’ alternatif selepas kekalahan ‘teruk dan tidak dapat disangkal’ gabungan Presiden Macron.

    Pusingan kedua pilihan raya yang ditetapkan pada 7 Julai akhirnya akan menentukan bilangan wakil rakyat yang dimiliki oleh kem politik dalam Dewan Negara. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sidang Kemuncak SCO alu-alukan keahlian Belarus

    ASTANA, 5 JULAI – Sidang Kemuncak Majlis Ketua-ketua Negara Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) ke-24 yang berakhir kelmarin menyaksikan pencapaian luar biasa, termasuk penerimaan Deklarasi...