Sunday, May 11, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Parti Suu Kyi tidak diterima di kawasan etnik minoriti

    YANGON, 2 April – Kerajaan Aung San Suu Kyi yang baru berusia setahun memenangi beberapa siri kerusi undian dalam pilihan raya kecil Myanmar namun tidak mendapat sambutan di beberapa kawasan etnik minoriti.

    Undian itu memenuhi 19 kerusi dalam parlimen serantau dan negara dilihat sebagai satu ujian bagi populariti ikon demokrasi itu selepas bergolak pada tahun pertama di pejabat.

    Liga Demokrasi Nasionalnya (NLD) mendapat kuasa pada undian bersejarah 2015 yang menamatkan setengah abad pemerintahan kejam tentera.

    Namun kehampaan dengan pentadbiran itu telah memuncak ketika kerajaan baru itu bergelut untuk menekan reformasi demokratik, memulakan ekonomi dan mengurangkan pergolakan di sepanjang sempadan.

    Majoriti menyenangkan NLD tidak digugat oleh pilihan raya kecil kelmarin, dengan kurang daripada lima peratus penduduk layak untuk mengundi dalam perlumbaan yang diadakan hampir untuk memenuhi kerusi yang dikosongkan oleh ahli politik yang mengambil jawatan menteri. Keputusan yang merosot hari ini menunjukkan parti berkenaan masih lagi kukuh dalam kawasan tengah. Namun ia mendedahkan satu langkah perasaan tidak puas hati dalam kalangan minoriti etnik Myanmar, yang sudah lama bergelut di bawah pemerintahan majoriti Bamar iaitu parti di bawah Suu Kyi. – AFP

    Para pegawai Suruhanjaya Pilihan raya Kesatuan menunjukkan undian rosak ketika mereka menghitung undian di stesen pengundian di Yangon, Myanmar pada 1 April. – AP
    Para pegawai Suruhanjaya Pilihan raya Kesatuan menunjukkan undian rosak ketika mereka menghitung undian di stesen pengundian di Yangon, Myanmar pada 1 April. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda